View In: English / B. Malaysia

NOTIS PRIVASI RHB

Anda faham bahawa RHB Investment Bank Berhad ("RHB") akan menggunakan, mengumpul, merekod, menyimpan, berkongsi dan/atau memproses maklumat peribadi anda, termasuk, tanpa had, butir-butir pengenalan anda, maklumat latar belakang, data kewangan, penduduk cukai dan maklumat lain yang berkaitan dengan permohonan anda untuk produk dan / atau perkhidmatan yang

  1. telah anda berikan di dalam borang ini atau melalui sebarang perhubungan lain dengan Kumpulan Perbankan RHB (termasuk syarikat induk, syarikat-syarikat subsidiari, dan mana-mana syarikat yang berkenaan, termasuk mana-mana syarikat yang terhasil daripada mana-mana penyusunan semula, penggabungan, jualan atau pengambilalihan) atau
  2. diperolehi daripada analisis pembayaran anda dan urusniaga/perkhidmatan yang lain dalam Kumpulan Perbankan RHB, atau
  3. diperolehi daripada pihak ketiga seperti majikan, pemohon bersama/pemegang-pemegang akaun, penjamin-penjamin, wakil-wakil perundangan, persatuan-persatuan berkaitan industri/kewangan, pihak-pihak berkuasa kerajaan, biro-biro kredit atau agensi-agensi pelaporan kredit, penjual-penjual, rangkaian-rangkaian sosial dan agensi-agensi pencegahan penipuan atau organisasi-organisasi lain,

untuk mana-mana dan/atau semua tujuan-tujuan yang berikut ("Tujuan"), jika berkaitan

  1. menyediakan produk dan/atau perkhidmatan ini dan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan penting atau perkembangan tentang ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan tersebut;
  2. mengemaskini dan menguruskan ketepatan rekod Kumpulan Perbankan RHB;
  3. pencegahan, pengesanan atau pendakwaan jenayah, dan pematuhan obligasi-obligasi perundangan dan peraturan;
  4. penilaian dan analisis termasuk pemarkahan kredit / pinjaman / risiko insurans / kelakuan, analisis pasaran dan produk dan penyelidikan pasaran;
  5. perhubungan dan memastikan kepuasan pelanggan, yang mungkin termasuk menjalankan kajian-kajian meningkatkan kualiti produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, membalas kepada pertanyaan dan aduan serta untuk menyelesaikan percanggahan secara umumnya;
  6. menentukan jumlah hutang anda dan pemungutan hutang yang anda berhutang kepada RHB;
  7. mengekalkan sejarah kredit anda untuk rujukan semasa dan akan datang;
  8. membolehkan pemegang serah hak sebenar atau yang dicadangkan oleh RHB, atau peserta atau sub peserta RHB untuk menilai urus niaga anda yang bertujuan untuk menjadi subjek penyerahhakan, penyertaan atau sub penyertaan;
  9. melindungi kepentingan Kumpulan Perbankan RHB dan tujuan sampingan atau tujuan lain yang berkenaan;
  10. penjualan silang, pemasaran dan promosi produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan Perbankan RHB dan rakan-rakan kongsi strategik; atau
  11. bagi acara-acara korporat RHB (termasuk acara rangkaian, pelancaran produk, dan lain-lain) / pertandingan, di mana gambar / imej anda mungkin akan ditangkap dan boleh digunakan untuk penerbitan RHB.

Anda faham dan mengakui bahawa RHB perlu memproses maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut, tanpanya RHB tidak akan dapat menyediakan produk/perkhidmatan yang anda minta daripada RHB dan untuk memaklumkan anda tentang sebarang perubahan penting atau perkembangan tentang produk/perkhidmatan tersebut. Di mana anda telah memberi RHB maklumat peribadi sensitif (khususnya, maklumat tentang kesihatan fizikal / mental anda untuk permohonan bagi produk insurans / perkhidmatan), anda dengan ini memberikan RHB persetujuan nyata anda untuk memproses mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Anda boleh menjalankan pilihan anda berkenaan dengan menerima bahan-bahan pemasaran (termasuk penjualan silang, pemasaran dan promosi seperti yang dinyatakan di atas) pada bila-bila masa dengan melawat www.rhbtradesmart.com atau hubungi support@rhbgroup.com.

Anda faham bahawa RHB mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda (atau maklumat peribadi sensitif, jika berkenaan) kepada syarikat-syarikat lain di dalam Kumpulan Perbankan RHB, penyedia-penyedia perkhidmatan, peniaga-peniaga dan rakan-rakan kongsi strategik, pembekal-pembekal termasuk agensi-agensi pemungutan hutang, penasihat-penasihat profesional, persatuan-persatuan berkaitan industri/kewangan, biro-biro kredit atau agensi-agensi pelaporan kredit dan pencegahan penipuan, agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen, pekerja, dan/atau mana-mana orang mereka, sama ada bertempat di dalam atau di luar Malaysia untuk Tujuan tersebut, jika berkenaan, tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, piawaian, garis panduan dan / atau obligasi) yang terpakai kepada RHB.

Anda juga faham bahawa anda boleh meminta untuk membuat pembetulan (jika maklumat peribadi anda adalah tidak tepat, ketinggalan zaman, tidak lengkap, dan lain-lain), akses kepada (fi yang ditetapkan mungkin dikenakan), atau untuk menghapuskan (jika anda tidak lagi mempunyai apa-apa produk/perkhidmatan yang sedia ada dengan Kumpulan Perbankan RHB) ke atas maklumat peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan itu pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan tersebut melalui pos, e-mel atau faks kepada alamat berikut:

RHB Banking Group Customer Care Centre
Level 7 Menara AA, JalanTun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Facsimile number: 03 9206 8088 / Telephone number: 03 9206 8118 / Email: customer.service@rhbgroup.com

Anda mengakui bahawa Kumpulan Perbankan RHB boleh mengubahsuai atau mengemas kini Notis Privasi ini dari masa ke semasa, di mana salinannya boleh didapati di www.rhbgroup.com dan anda boleh menyalurkan sebarang aduan atau pertanyaan yang anda mungkin ada dengan cara yang ditunjukkan di atas.

[Perenggan ini hanya terpakai kepada pelanggan-pelanggan RHB Investment Bank Berhad sahaja]
Anda faham bahawa RHB dikawal oleh Bursa Malaysia, dan data peribadi anda mungkin didedahkan kepada mana-mana entiti Bursa yang berkaitan (di mana akan merangkumi Bursa Malaysia Berhad, Bursa Malaysia Securities Berhad, Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd, Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad, atau Bursa Malaysia Derivatives Berhad) (secara kolektif, "Bursa Malaysia") untuk tujuan perundangan, peraturan dan pentadbiran, jika berkenaan. Di mana data peribadi anda didedahkan kepada Bursa Malaysia, anda faham bahawa amalan perlindungan data peribadi Bursa Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Notis Data Peribadi Bursa, (boleh didapati di http://www.bursamalaysia.com/personal-data-notice) akan terpakai.

[Perenggan ini hanya terpakai kepada penjamin-penjamin individu]
Anda faham bahawa sebagai penjamin, RHB akan memproses maklumat peribadi anda mengikut Tujuan yang dinyatakan di atas dan anda akan mempunyai hak-hak yang sama untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas


PENGIKTIRAFAN DAN KEBENARAN

Dengan memberikan maklumat peribadi anda berserta tandatangan, anda mengizinkan RHB memproses maklumat peribadi anda untuk mana-mana pendedahan yang diperlukan dan pemindahan maklumat peribadi anda ke luar negara kepada pihak ketiga yang berkaitan, jika berkenaan.

Anda bersetuju dengan pendedahan dan/atau pemindahan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang berkaitan akibat daripada apa-apa penyusunan semula, penjualan atau pengambilalihan mana-mana syarikat dalam Kumpulan Perbankan RHB, dengan syarat bahawa penerima menggunakan maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut sahaja.

Anda juga menyatakan dan menjamin bahawa anda telah cukup memperolehi persetujuan individu-individu pihak ketiga (contohnya keluarga, pasangan, pihak-pihak berkaitan, pemegang kad tambahan dan/atau orang hubungan kecemasan, lain-lain) di mana maklumat peribadi mereka telah anda dedahkan kepada RHB untuk membenarkan RHB membuat pemprosesan yang sama berhubung dengan Tujuan, jika berkenaan.

[Perenggan ini hanya terpakai kepada penandatangan yang diberi kuasa/orang yang boleh dihubungi daripada pelanggan-pelanggan korporat RHB]
Sebagai penandatangan yang diberi kuasa/orang yang boleh dihubungi daripada pelanggan korporat RHB, anda memahami bahawa maklumat peribadi pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham individu, pekerja-pekerja, penandatangan lain yang diberi kuasa, penjamin individu, penyedia keselamatan individu, pembekal-pembekal dan/atau pihak-pihak berkaitan dan lain-lain, boleh dikumpul dan diproses oleh RHB untuk tujuan transaksi komersial antara pelanggan korporat dengan RHB. Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda berhak untuk memberikan maklumat peribadi tersebut kepada RHB dan / atau persetujuan yang sesuai telah diperolehi untuk membolehkan RHB memproses maklumat peribadi untuk tujuan tersebut.


Copyright © RHB Investment Bank Berhad. All Rights Reserved.